Utama
INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.
Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.
Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:
• Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
• Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
• Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.
Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.
Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.
#NADIMADANI#NADIMCMC#NADIMahirJahit#BajuSekolah

JOM BAYAR BIL DI NADI!
Bayar Bil Lebih Mudah di NADI Kampung Permatang! Tak perlu lagi ke bandar atau beratur panjang — kini anda boleh bayar pelbagai bil terus di NADI Kampung Permatang! Antara bil […]
PROGRAM JELAJAH TELEKOMUNIKASI DUN SG. MANIK
Kunjungan Hormat ke NADI Kampung Permatang Pada 16 Februari yang lalu, NADI Kampung Permatang telah menerima kunjungan istimewa daripada beberapa tetamu kenamaan sempena Program Jelajah Telekomunikasi DUN Sungai Manik. Antara […]
PENDAFTARAN NADIPRENEUR/EMPOWERHER DIBUKA!
PENDAFTARAN NADIPRENEUR/EMPOWERHER BAGI BULAN FEBRUARI SUDAH DIBUKA. JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENGIKUTI KELAS INI DENGAN MENDAFTAR DI NADI BERHAMPIRAN.
HARI KESELAMATAN INTERNET 2026
Hari Keselamatan Internet 2026 bakal disajikan dengan penuh aktiviti menarik serta hiburan untuk semua. Mari sertai kami, bersantai bersama keluarga pada hujung minggu dan jadi pengguna Internet yang lebih bijak […]


