Utama

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.

•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.

•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.

#NADIMADANI#NADIMCMC#NADIMahirJahit#BajuSekolah

ARE YOU WATTRIOUS ENOUGH!

21 May 2026 Uncategorized

STOP SCROLLING Contest TikTok paling “bertenaga” dah bermula “ARE YOU WATTRIOUS ENOUGH?” Buat content. Drop idea. Kasi impact. 30–90 saat je. Tema? Kecekapan Tenaga ATAU Keselamatan Elektrik Hadiah macam mana? […]

Baca lanjut →

NADI nombor 1 di dunia!

10 May 2026 Maklumat NADI

“NADI nombor 1 di dunia.” Itulah yang disebut oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena lawatan kerja ke Pulau Banggi, Sabah hari ini. YAB […]

Baca lanjut →

AI READY MALAYSIA

4 May 2026 Aktiviti Semasa

🚀 Belajar AI Secara Percuma – Rebut Peluang Masa Depan Anda! Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. Jangan tunggu lagi — kini anda berpeluang belajar kemahiran baharu secara […]

Baca lanjut →

PENGGANTIAN MYKAD

20 April 2026 Galeri

MyKad rosak? Jangan risau — boleh tukar dengan mudah di JPN.  Proses gantian seawal 30 minit di cawangan terpilih, atau sekitar 5–7 hari bekerja di lokasi lain. Caj bermula RM10, […]

Baca lanjut →

DAKWAAN DIESEL MALAYSIA KE FILIPINA : TIDAK BENAR!

12 April 2026 Maklumat Am

⛽️ DAKWAAN DIESEL MALAYSIA DIHANTAR KE FILIPINA ADALAH TIDAK BENAR! ⛔️ Tular di media sosial kononnya Malaysia menghantar 329,000 tong diesel ke Filipina. Namun, semakan rasmi kerajaan menegaskan dakwaan tersebut […]

Baca lanjut →

JOM BAYAR BIL DI NADI!

2 April 2026 Kemudahan Asas

Bayar Bil Lebih Mudah di NADI Kampung Permatang! Tak perlu lagi ke bandar atau beratur panjang — kini anda boleh bayar pelbagai bil terus di NADI Kampung Permatang! Antara bil […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya