Utama
Buat 68 orang warga Lembah Pantai dan 31,600 rakyat Malaysia yang sedang menunaikan ibadah haji, kami di tanah air sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudah, kesihatan sentiasa terpelihara, dan setiap ibadah diterima Allah SWT.
Antara yang turut menunaikan haji tahun ini ialah Kak Muliati Nasir dari Taman Bukit Angkasa, yang telah lama menunggu giliran dan tidak pernah berputus asa, termasuk selepas dua kali mengemukakan rayuan kepada Tabung Haji, demi menyempurnakan rukun Islam kelima ini.
Semoga semuanya dikurniakan haji yang mabrur, dilimpahi rahmat dan keampunan, serta pulang ke tanah air dengan selamat, sihat dan penuh keberkatan, insya-Allah.
-Dato’ Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil
FB: https://www.facebook.com/share/v/17TaFYRzCG/?mibextid=wwXIfr
IG: https://www.instagram.com/reel/DZFTphqN5Dd/?igsh=aXp0enFuMGljNnV4
X: https://x.com/fahmi_fadzil/status/2061785741924164076/video/1?s=46
Keusahawanan
Puan Mariatul Husna Binti Abd Malik ialah seorang usahawan sejuk beku di Kampung Permatang. Beliau membuat kuih sejuk beku seperti pau, kasturi, donot, karipap dan pelbagai lagi jenis kuih […]


