Telah berlangsung program Reach Wellbeing Siri Jelajah Negeri Perak pada 17 Mei 2025 di Nadi Kg. Permatang Sg. Manik. Seramai 74 orang peserta telah disaring pada hari tersebut. Program telah melibatkan komuniti Kg. Permatang serta kawasan sekitarnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Kampung Permatang serta Ketua-ketua Komuniti yang hadir pada hari tersebut.

