Kunjungan Hormat ke NADI Kampung Permatang ![]()
Pada 16 Februari yang lalu, NADI Kampung Permatang telah menerima kunjungan istimewa daripada beberapa tetamu kenamaan sempena Program Jelajah Telekomunikasi DUN Sungai Manik.
Antara yang hadir ialah:
• YB En. Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO
• Encik Mohd Irwan Mohamed, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Perak
• Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak
• Encik Noorazam Shah bin Ahmad Afandi, Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Sungai Manik)
• Encik Mohd Fauzi bin Rosli, Penolong Pengarah (PKPM), Jabatan Penerangan
• Penghulu Mukim Sungai Manik
• Ketua Kampung Kampung Permatang
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan komunikasi, meningkatkan kefahaman mengenai inisiatif digital, serta mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam usaha memajukan komuniti melalui teknologi dan komunikasi. ![]()
![]()








