Tarikh : 3 September 202 Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg. Permatang Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan awal kepada para peserta akan manfaat dan penggunaan internet dan emel dalam kehidupan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta berkenaan cara-cara mencipta dan menggunakan akaun emel.
Aktiviti
Peserta ditunjukkan langkah-langkah membuat emel peribadi dan penerangan tentang fungsi setiap icon dalam gmail dan kelebihannya. Pada permulaannya peserta ditunjukkan demo dan penerangan tentang gmail. Kemudian peserta mengikut langkah untuk pendaftaran emel yang betul dan selamat. Peserta juga mendengar penerangan daripada tenaga pengajar berkenaan fungsi setiap icon dalam gmail. Kemudian untuk memantapkan peserta menggunakan emel, peserta diberi latihan menghantar dan membalas emel dengan cara yang betul kepada pihak majikan.