mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Bersama Komuniti 2019

 Tarikh : 8 Julai 2019

Masa : 8.30 pagi – 5.30 Petang

Tempat : Pusat Internet kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 347 Orang

Tujuan

Mengeratkan hubungan di antara komuniti dengan Pusat internet kampung Permatang serta mempromosikan segala perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya pertandingan kuiz ICT sekolah rendah yang mana telah melibatkan 3 buah sekolah rendah sekitar kawasan Sungai Manik ini iaitu SK Permatang, SK Sg. Tukang Sidin serta SK Pekan Rabu. Aktiviti mewarna kategori Prasekolah Al-Fatih SK. Permatang dan Prasekolah Al-Falah SK Pekan Rabu dan Tabika KEMAS Permatang Parit 7B dan Tabika KEMAS Parit 3A Sungai Manik. Antara lain, terdapat juga pameran daripada agensi-agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Majlis telah dirasmikan oleh wakil daripada Pejabat ADUN Sungai Manik iaitu En. Nor Azman B. Ashkar (Pegawai Khas ADUN Sungai Manik). Turut hadir Penghulu Mukim Sungai Manik En. Jamily B. Ramna serta Pengerusi-Pengerusi MPKK sekitar Kawasan Mukim Sungai Manik, Wakil daripada Telekom Malaysia Berhad iaitu En. Syakirin B. Ismail serta wakil daripada pihak MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.  En. Ridha B. Tajuddin.

“Gambar Disini”