Tarikh : 8 & 9 April 2019 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang Peserta : 23 Orang |
Tujuan
Kursus Dandanan Diri Manicure, Pedicure & Lukisan Inai ini adalah anjuran PKK Kemas Parlimen Pasir Salak adalah bertujuan kepada para wanita untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemajuan diri dalam kehidupan harian dan keluarga.
Aktiviti
Para peserta diberikan sedikit pengenalan kursus, melakukan praktikal manicure, pedicure dan lukisan inai. Demostrasi solekan serta berkongsi tips penjagaan wajah dan badan dengan betul. Di akhir program, majlis penutupan bacaan doa, ucapan Pengerusi Kemas Parlimen Pasir Salak serta perasmian majlis di rasmikan oleh Pengerusi PKK Kampung Permatang dan jamuan makan.